SELAMAT DATANG KE BLOG FAHIEM IMTIYAAZ & NUR HADIYA NUHA

Tuesday, June 23, 2009

Selamat Datang Bulan Rejab



Esok adalah 1 Rejab 1430H bersamaan 24 Jun 2009. Kita akan melangkah ke bulan penuh barakah. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan ini dengan ibadah kepada Allah s.w.t.

(Ingatan ditujukan khusus untuk diri sendiri).

Sunday, June 21, 2009

Besday Fahiem @Yankies Hut

Setelah seminggu birthday Fahiem, barulah dapat celebrate. Tahun ni ayah pilih untuk celebrate kat Yankies Hut di Bangi. Mama belikan kek indulgence dan letak gambar Ben 10. Fahiem suka sangat dapat kek Ben 10.

Tapi malam tu Fahiem tetiba je hilang mood. Buat muncung itik. Tak nak salam ngan semua orang. Biasalah tu...nak dapat perhatian sebenarnya. Betul tak? Kalau tak, bukanla nama nya Fahiem. Tengokla aksi dia kat bawah ni.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Darweesh. Lepas tu apalagi...makan sampai habis. Sedap makanan kat Yankies Hut. Fahiem lepas makan kek dah tak mau makan nasi. Kenyang makan gambar Ben 10.

Lepas makan kek, mood Fahiem jadi ok. Terus pergi main. Agaknya gambar Ben 10 yang Fahiem makan tu dah kasi tenaga kot kat Fahiem. Tu yang berlari-lari keriangan. Yang Fahiem paling suka malam tu sebab dapat hadiah. Terima kasih Hakiem, Abg Darweesh dan Abg Razin sebab bagi Fahiem hadiah......

Wednesday, June 10, 2009

"Pokok Klapak" Nuha

Rambut Nuha sekarang dah boleh ikat. Seronoknya dapat dandan rambut si kenit mama ni. Bila tengok rambut dia yang diikat tu teringat plak kat lagu Marsha masa konsert AF3 dulu-dulu. Marsha nyanyi untuk Adlin Aman Ramli. Mai kita layan lagu ni...(tapi bait terakhir lagu tu mama minta jauhkan dari Nuha...almaklumla duduk nurseri......takut juga...)

Everytime i see Adlin
My heart bergoncang
Everyday i think of u
Pagi dan petang
I forget to eat my makan
Cause theres no other boy but this one
Underneath pokok 'klapa'
I will wait for u
Oh Adlin im here lah
Dont tutup pintu
Cause your hair is like penyapu
That i know it is full of kutu.

Selamat Hari Jadi Along.........





Hari ni 10 Jun 2009...ye ke? macam tak percaya. Fahiem dah 3 tahun. Sekejapnya, cepatnya...Pantasnya masa berlalu. Selamat Hari Jadi ye sayang mama. Nanti mama belikan Fahiem donat Big Apple ye...Fahiem suka kan? kan? Nanti kita celebrate lepas ayah balik dari outstation, okay????
Mama, Ayah dengan Nuha ucapkan Selamat Hari Jadi.....
Doa mama agar Fahiem membesar menjadi anak yang soleh....(Fahiem nak jadi Ustaz kan??)

Tuesday, June 09, 2009

Citer Balik Kampung

Hujung minggu baru-baru ni kami balik kampung Tok Wan. Lama juga kami tak balik kesana. Jadi masa balik kali ni Tok Wan ajak Fahiem ronda kampung naik motor. Syok betul Fahiem.

Cuaca memang panas tapi berangin. Kalau duduk dalam rumah memang rasa berbahang. Nuha pun rimas duduk dalam rumah, apatah lagi kami yang dewasa ni. Tok Wan bawa Nuha ambil angin kat bawah rumah. Barulah lega sikit. Kalau tidak, badan memang rasa berlengas. Rasa nak mandi aje.


Cuaca panas ni bolehla Tok wan jemur buah pinang. Banyak juga buah pinang tu. Nak jual katanya. Tok Wan kata orang nak buat peluru dari buah pinang tu. Mmm..betulke buah pinang leh buat peluru ye??? Mama pun tak tahu. Nantilah mama search kat google.

Bila kami duduk sembang-sembang kat dangau bawah rumah tu, mama perasan yang pasu bunga Mak Tok semuanya dah dicat biru. Saja Tok Wan cat kasi cantik. Pastu ada lagi yang dicat biru - batang paip, basikal ngan tingkap. Rasa kelakar la plak. Rajin betul Tok Wan. Mak Tok kata dia ada komplen Tok Wan cat sume benda2 tu. Tok Wan kata "ikut suka akulah...." Hehehehe....kelakar dengar citer Mak Tok. Gaduh gaduh manja gitu...

Tengahari tu Mak Tok masak lauk kegemaran ayah Fahiem. Apa lagi kalau bukan kari ikan. Leh tengok resepinya kat sini. Kami makan bertambah-tambah. Best betul balik kampung.....

Saturday, May 30, 2009

Mama!! Nuha dah duduk!

Itulah kata-kata Fahiem bila tengok adiknya duduk. Mama pun happy bila tengok Nuha dah boleh duduk..Senangla nak suap nestum. Tapi Nuha masih mengimbangi badannya yang masih belum tegap bila duduk. Kadang-kadang sampai terbalik ke belakang. Ada masa pulak kena tolak dengan Along Fahiem. Isk isk Fahiem ni ada ada je nak kenakan adik dia...Mai tengok gambar Nuha duduk..



Cuba mengimbangi badan


Suap kertas dalam mulut

Sunday, May 03, 2009

Nuha dan G6PD

Imbas kembali 7 bulan yang lalu ketika melahirkan Nur Hadiya Nuha di Hospital Putrajaya. Nuha disahkan sebagai pembawa G6PD. Doktor beritahu bahawa keputusan untuk test G6PD Nuha adalah "Intermediate".

Sebelum ini mama tak pernah tahu malahan tak pernah dengar pun pasal G6PD. Apa itu G6PD? Disini mama ingin berkongsi maklumat berkenaan G6PD dengan rakan blogger yang lain juga ibu bapa di luar sana. Maklumat ini mama perolehi dari Hospital Putrajaya, tempat Nuha dilahirkan.

G6PD atau Glucose 6 Phosphate Dhydrogenese adalah sejenis enzim di dalam sel darah merah. Fungsinya melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh glukosa berkurangan. G6PD diwarisi oleh faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa.

Macammana nak kenalpasti G6PD daripada bayi? Semasa bersalin, sampel dari tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal. Sekiranya didapati bayi kekurangan G6PD bayi dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya 10 hari. Ini bagi membolehkan pihak hospital memantau tahap darah bayi.Pemerhatian ini perlu kerana bayi boleh mendapat kuning (jaundice) dengan serta merta yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.


Apa yang perlu ibubapa lakukan bila anak kekurangan G6PD? Ibu bapa perlu mengelakkan anak dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah. Berikut adalah antara bahan-bahan yang perlu dielakkan :-

1. Kacang parang
2. Ubat gegat
3. Ubatan tradisional, jamu atau ubat sehseh

Ibubapa juga perlu memastikan supaya sentiasa mendapatkan nasihat dan preskripsi dari doktor/ pharmacist sebelum memberikan anak ubat. Jika anak yang kekurangan G6PD termakan makanan atau ubatan tersebut ia boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat dan akan mendapat kuning dengan serta merta. Tanda-tanda yang dialami adalah air kencing berdarah atau berwarna teh pekat, pucat dan demam.

Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat tetapi ia bukanlah penyakit berjangkit.

Mama harap info diatas serba sedikit boleh memberikan panduan kepada ibubapa di luar sana jika mempunyai anak yang kekurangan G6PD.