Nuha batuk berkahak sejak minggu lepas. Nuha dah makan ubat batuk, ubat kahak dan antibiotik dan juga ambil gas menggunakan nebuliser. Tapi masih belum menunjukkan perubahan. Jadi, semalam mama bawa Nuha pergi klinik untuk check paru-paru. Mama bimbang kalau paru-paru Nuha terkena jangkitan. Alhamdulillah, lepas check up, Doktor kata paru-paru berfungsi dengan baik. Lega mama, Nuha tak perlu ambil gas lagi. Tapi malam tadi badan Nuha tiba-tiba panas. Mama terus bagi ubat demam dengan harapan Nuha akan sembuh. Jangkaan mama meleset. Pagi tadi Nuha masih demam. Huwaaaaa.....nak menangis mama pagi tadi.. Sebab apa ye? Jawapannya sebab mama kena cuti lagi. Minggu lepas dah 2 hari cuti, minggu ni tambah sehari lagi....Itulah cabaran bagi ibu-ibu bekerja bila anak sakit. Mama harap Nuha akan sembuh cepat supaya esok mama boleh pergi kerja....Tuesday, February 24, 2009
Nuha pula sakit
Nuha batuk berkahak sejak minggu lepas. Nuha dah makan ubat batuk, ubat kahak dan antibiotik dan juga ambil gas menggunakan nebuliser. Tapi masih belum menunjukkan perubahan. Jadi, semalam mama bawa Nuha pergi klinik untuk check paru-paru. Mama bimbang kalau paru-paru Nuha terkena jangkitan. Alhamdulillah, lepas check up, Doktor kata paru-paru berfungsi dengan baik. Lega mama, Nuha tak perlu ambil gas lagi. Tapi malam tadi badan Nuha tiba-tiba panas. Mama terus bagi ubat demam dengan harapan Nuha akan sembuh. Jangkaan mama meleset. Pagi tadi Nuha masih demam. Huwaaaaa.....nak menangis mama pagi tadi.. Sebab apa ye? Jawapannya sebab mama kena cuti lagi. Minggu lepas dah 2 hari cuti, minggu ni tambah sehari lagi....Itulah cabaran bagi ibu-ibu bekerja bila anak sakit. Mama harap Nuha akan sembuh cepat supaya esok mama boleh pergi kerja....Sunday, February 22, 2009
Fahiem sakit

Makan bubur nasi dan sup sambil menonton tv
Sejak kebelakangan ni cuaca panas. Ramai orang tak sihat. Kebanyankannya demam, batuk dan selsema. Fahiem juga tidak sihat. Mula dengan muntah-muntah yang kerap. Badan Fahiem lemah dan tidak bermaya akibat kekurangan air. Mama dan ayah bergilir-gilir ambil cuti untuk jaga Fahiem. Doktor kata pengaruh cuaca menyebabkan ramai kanak-kanak mendapat jangkitan penyakit. 4 hari Fahiem tidak ke nurseri dan kembali sihat pada Jumaat lepas. Alhamdulillah Fahiem mula aktif dan "start beroperasi di rumah macam biasa".
He! he! he!
He! he! he!
Jalan-Jalan Cari Makan - Bangi
Posting kali ni ialah pasal makan-makan...Mmmmmm...sedap tau! Kat mana? Jawapannya kat Restoran Lesung Emas kat Bandar Baru Bangi. Dari Putrajaya hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke sini. Sebenarnya kami merancang nak breakfast tapi disebabkan masa tu dah pukul 11 kami terus je lunch kat situ. Kami adalah pelanggan pertama pada hari tersebut. Antara menu yang terdapat di restoran ialah Set Nasi Kukus dan Asam Pedas dan Set Nasi Kukus dan Ayam Kampung Goreng Berempah. Harganya pun berpatutan. Rasanya memang sedap. Sesiapa yang nak rasa asam pedas yang power bolehlah datang ke restoran ini. Dijamin nak datang lagi.....
Labels:
Jalan-jalan,
Restoran
Sunday, February 01, 2009
Birthday Acu @Satay Station
Pada 28 Januari yang lalu Fahiem sekeluarga meraikan birthday Acu yang ke 30. Mak Su buat surprise kat Acu. Tapi biasalah Acu, awal-awal lagi dah dapat hidu plan Mak Su tu. Apalah Acu ni..lain kali kalau dah tau..buat-buatlah tak tau.. Isk isk isk... Yang menariknya tempat yang Mak Su pilih untuk meraikan birthday ini. Mak Su pilih Satay Station kat Kg Pandan. Satay kat sana memang kaw-kaw. Sedap gilerrr.....Lain dari yang lain. Selain daripada satay ada mee rebus. Pun sedap juga. Pandai Mak Su pilih tempat makan. Fahiem sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 30 buat Acu. Moga panjang umur dan murah rezki. Kepada Mak Su, terima kasih kerana belanja kami makan.
Labels:
Birthday
Subscribe to:
Posts (Atom)



















